Inspirasi dari Perkongsian Global Peace Foundation tempoh hari saya terus laksanakan untuk kelas saya. Sejak beberapa tahun lepas saya seringkali berfikir apakah kaedah lain yang lebih berkesan untuk pembelajaran pelajar selain cara tradisional (kuliah & latihan), kerana saya dapati pelajar tidak dapat manfaat sepenuhnya dari cara lama. Cepat bosan, tidur dan tidak memberikan tumpuan adalah masalah yg biasa dihadapi.
Jadi berdasarkan ilmu yang diperoleh, saya dapat idea dan terus memulakan kelas dengan memberitahu pelajar ‘2 jenis mod’ kelas yang akan digunakan bermula hari tersebut dan kelas-kelas yang akan datang.
Mod A-Susun Atur Kerusi dalam 6 kerusi satu kumpulan dan meja semua diletakkan ke tepi (Menggalakkan pelajar berbincang dan membuat persembahan selepas berbincang)-Kelas pada hari Selasa 22 Julai 2014 (Pelajar diberikan tugasan untuk setiap kumpulan, berbincang dan membuat persembahan. Lagu latar ‘instrumental’ dimainkan sebagai ‘timer’ untuk menunjukkan sekiranya lagu telah tamat pelajar dikehendaki berhenti berbincang dan terus membuat persembahan.
Manakala Mod B-Susun atur meja dan kerusi 6 orang sekumpulan (Menggalakkan pelajar berbincang dan membuat tugasan inividu menggunakan chromebook & FROG VLE)-Gabar di bawah.
Mod B saya buat pada kelas keesokannya (Hari Rabu-23 Julai 2014)
Hasilnya, pelajar lebih aktif, pembelajaran lebih bermakna dan tiada pelajar yang tidur. Saya dapati suasana pembelajaran berubah lebih positif dengan berubahnya kedudukan pelajar mengikut mod yang telah ditetapkan. Pelajar juga bersedia untuk meneruskan pembelajaran dan lebih fokus.
Terima kasih kepada pasukan dari Global Peace Foundation (Ms. Fong dan rakan-rakan) yang memberikan idea dan inspirasi untuk ‘Transformasi Kelas Abad ke 21’. Saya mendapat manfaat langsung dari program ini dan berminat membantu rakan-rakan lain mentransformasikan kelas ke arah pembelajaran yang lebih bermakna, seronok dan kreatif.